About Us

 

SYAMELATI  INDUSTRIES SDN. BHD. adalah merupakan sebuah syarikat sendirian berhad menurut syer. Syarikat ini diperbadankan pada 22 April 2008 bagi mengambil alih operasi perniagaan SYARIKAT SYAMELATI.

SYARIKAT SYAMELATI telah ditubuhkan oleh Hj. Ibrahim Bin Yusoff dan Hjh Zaweyah@Zawiah Binti Daud yang telah beroperasi lebih 30 tahun yang lalu dan telah didaftarkan pada 29 Ogos 1977 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978) di Kota Bharu, Kelantan.

Aktiviti utama perniagaan adalah berkaitan dengan mengilang serta memasarkan ubat-ubatan tradisional.

Operasi perniagaan pada peringkat awalnya di jalankan di Kampung Binjai Manis Bunut Susu, 17020 Pasir Mas Kelantan. Walau bagaimanapun kini operasi perniagaan telah berpindah ke BT3, Kawasan Perindustrian MARA Fasa 2, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan.

Perniagaan yang telah sejak 30 tahun yang lalu ini telah menghadapi pelbagai halangan dan rintangan sebelum berjaya. SYARIKAT SYAMELATI pernah mengalami halangan terburuk apabila kilang telah mengalami kebakaran pada tahun 1996 tetapi berkat usaha dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan ahli kongsi perniagaan ini terus menyusun langkah untuk maju kehadapan.

Selaras dengan langkah penyusunan dan matlamat pembesaran operasi perniagaan, ahli perkongsian bersetuju menubuhkan SYAMELATI  INDUSTRIES SDN. BHD. sebagai pengilang ubat-ubatan tradisional sehingga mencapai taraf GMP (Good Manufacturing Practice).

 

SYAMELATI  INDUSTRIES SDN. BHD.

BT3, Kawasan Perindustrian MARA Fasa 2,

Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu Kelantan.

Tel: 09-7714760

Fax: 09-7714761

H/p: 0199818674

syamelati@gmail.com

Powered By OpenCart
Syamelati © 2017